Apakah Makna Kehidupan? Pilih Hidup Secara Langsung Setiap Hari

Screenshot 2020-01-08 at 11.00.14

Ditulis Oleh: Ali Kasa

Makna hidup adalah kompleks kerana ia bermakna perkara yang berbeza kepada individu yang berbeza. Para ulama dan ahli falsafah yang hebat telah memberikan pandangan mereka tentang maksud kehidupan bagi mereka atau kepada mereka di awal kehidupan mereka.

 

Artikel ini bertujuan untuk mempermudahkan konsep kehidupan dan memberikan perspektif yang berbeza tentang makna hidup. Saya dapati pemahaman ini berguna dalam diri saya dan dengan klien muda dan lebih tua semasa sesi bimbingan hidup dan dengan itu memutuskan untuk menulis artikel ini.

Formula Definisi Kehidupan

 

Ia berbunyi tidak masuk akal untuk membayangkan konsep yang lebih kompleks. Seperti yang ditunjukkan, niat saya adalah untuk memudahkan subjek yang rumit dan sukar ini terutama untuk golongan dewasa muda. Rumusan definisi kehidupan adalah seperti berikut:

 

KEHIDUPAN = MASA + PILIHAN + CORAK

 

Tafsiran formula ini bermakna bahawa hidup adalah masa dari kelahiran hingga mati dan kualitinya kehidupannya amat bergantung kepada pilihan seseorang membuat sesuatu keputusan untuk memajukan dirinya. Ayuh kita mengkaji maksud kehidupan dari pelbagai aspek.

Hidup adalah Masa

Kehidupan bermaksud “tempoh antara kelahiran dan kematian seseorang manusia”. Jika kehidupan bermakna masa, berapa lamakah jangka hayat seseorang dijangka boleh hidup? Istilah “jangka hayat” merujuk kepada bilangan tahun seseorang boleh mengharapkan untuk hidup. Secara takrif, jangka hayat adalah berdasarkan kepada anggaran usia purata bahawa anggota kumpulan penduduk tertentu akan mati.

 

Cara untuk menghayati kehidupan yang baik adalah dengan menggunakan waktu sebaik mungkin. Faktor-faktor berikut membantu kita menangani aktiviti yang tidak produktif atau berguna.

 

1- Masa adalah terhad

Jika sekiranya malam ini anda mengetahui bahawa anda hanya mempunyai satu tahun lagi untuk hidup, sudah pasti anda akan mencuba sedaya upaya unutk melakukan yang terbaik untuk diri anda. Jika sekiranya anda berfikiran sebaliknya anda akan gagal dalam segalanya. Hakikatnya manusia lupa akan kebenaran tentang kehidupan hingga menyebabkan mereka tidak mencapai matlamat hidup mereka.

 

2- Hidup adalah singkat dan rapuh

Mengikut statistik jangka hayat seseorang –  tetapi ia mungkin berbeza dengan anda. Cuba bayangkan ahli keluarga,kawan atau seseorang yang anda dengar telah kehilangan ahli keluarga dalam usia yang muda dan remaja.

 

3- Anda tidak boleh membeli masa

Marilah kita mengatakan bahawa anda akhirnya menjadi kaya dan anda boleh membeli apa sahaja yang anda inginkan dengan wang. Satu-satunya perkara yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit adalah masa. Apabila waktunya telah tiba anda akan kembali kepadanya.

 

Satu lagi dimensi hidup adalah kita yang akan mengawal masa kita untuk mencipta sesuatu yang berguna.  Manusia tidak dilahirkan dengan sempurna, yang mana peredaran masa dan zaman yang mengubah cara dan gaya hidup manusia dalam mencapai matlamat hidup masing-masing. Masa memberikan impak yang amat besar dalam diri kita untuk kita menjalani kehidupan kita dan terus berjaya.

Human beings are not born finished products; they evolve and change with time. We end up becoming product of our time.

Ali Kasa

Kebebasan dalam membuat pilihan adalah hadiah Ilahi kepada manusia. Oleh yang demikian, kita semua mempunyai keupayaan dan kebebasan untuk memilih. Pilihan-pilihan yang kita buat dapat membentuk kualiti kehidupan kita. Memiliki kebebasan pilihan adalah kuasa yang hebat dan  wujudlah tanggungjawab yang besar untuk memilih dengan bijak.

 

Bagaimana anda membuat pilihan atau keputusan yang hebat dan tepat? Anda membuat pilihan hebat dengan menguasai kecekapan dalam membuat keputusan. Kita belajar melalui kesilapan yang lalu yang telah dilakukan oleh diri sendiri, kesilapan orang lain dan kejayaan orang lain.

Human beings are not born finished products; they evolve and change with time. We end up becoming product of our time.

Ali Kasa

Kehidupan adalah Corak

 

Dengan kebebasan pilihan dan masa, kami dapat merancang satu atau lebih banyak kehidupan yang hebat yang akan kami hayati. Hal ini adalah kerana hidup kita ditentukan oleh ibu bapa, masyarakat, rakan-rakan dan lain-lain. Ini adalah cara yang mudah untuk anda di mana anda boleh menyalahkan ibu bapa jikalau anda menghadapi sebarang kesulitan seperti tidak menyukai atau anda tidak mematuhi norma masyarakat dalam kehidupan anda.

 

Anda hanya mempunyai satu kehidupan sahaja. Oleh yang demikian, diri anda sendiri yang bertanggungjawab dalam membentuk kehidupan yang anda inginkan.

 

Sebagai kesimpulan, kehidupan adalah sesuatu yang berharga dan tiada nilainya. Selamilah setiap detik kehidupan anda. Bersyukurlah dengan kenangan-kenangan yang telah kita alami dan belajar daripada kesusahan dan hadapi cabaran. Anda sentiasa mempunyai kuasa dalam membuat pilihan. Pilihan yang bijak dan corak kehidupan yang hebat akan menjadikan anda sebagai seorang manusia yang berjaya.

0 0 votes
Article Rating


Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments